ad
AGENDA

Suspek cuba samun warga China ditahan selepas tiga jam kejadian

2 Jun 2025, 9:06 PM
Suspek cuba samun warga China ditahan selepas tiga jam kejadian

ISKANDAR PUTERI, 2 JUN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki cuba menyamun dua warga China iaitu seorang remaja perempuan dan neneknya di sebuah rumah di Gelang Patah di sini semalam, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi dan suspek, 33, yang melarikan diri selepas gagal menyamun barangan berharga daripada mangsa berusia 14 dan 70 tahun, ditahan pada 2.30 petang.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga sebelum mencekik remaja itu sehingga berlaku pergelutan.

"Dua mangsa terlibat juga mengalami kecederaan dan dirujuk ke hospital untuk rawatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.