ad
PBT

MBPJ: Empat kawasan catat aduan berulang berhubung kacau ganggu gagak

2 Jun 2025, 8:55 PM
MBPJ: Empat kawasan catat aduan berulang berhubung kacau ganggu gagak

SHAH ALAM, 2 JUN: Empat kawasan di Petaling Jaya mencatat aduan berulang berhubung kehadiran gagak sehingga mengakibatkan kacau ganggu awam.

Unit komunikasi korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi kenyataan berkata kawasan terbabit ialah di Seksyen 14, sekitar kawasan komersial SS2 dan SS23 serta PJS.

“Sebanyak 27 lokasi titik panas dikenal pasti menjadi tempat burung gagak bersarang dan membiak. Daripada jumlah itu, empat kawasan mencatatkan aduan berulang.

“Sebagai langkah proaktif, MBPJ melaksanakan operasi menembak gagak sebagai salah satu inisiatif dalam menangani aduan berulang berkaitan kacau ganggu awam akibat populasi burung gagak khususnya di lokasi yang dikenal pasti sebagai titik panas.

“Sepanjang siri pertama tahun ini, 1,486 gagak ditembak. Secara keseluruhan dari 2021 hingga tahun lalu 5,896 gagak ditembak selain semua sisa bangkai gagak diletakkan dalam tong sampah khas dan dilupuskan dengan bantuan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,” katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan sama, MBPJ memaklumkan 194 aduan berkaitan kacau ganggu burung gagak diterima sejak 2020 hingga April lalu.

Katanya, pada 2020 dan 2021 (31 aduan), 49 aduan (2022), 48 aduan (2023) dan dari 2024 hingga April lalu merekodkan lapan aduan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.