ad
AGENSI

Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu

2 Jun 2025, 8:15 PM
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu
Selangor Fruit Valley terima ribuan pelancong, ladang anggur antara tarikan baharu

KUALA SELANGOR, 2 JUN: Lebih 1,000 pelancong mengunjungi Selangor Fruit Valley (SVF) setiap hari sempena musim cuti sekolah yang bermula pada 29 Mei lalu.

Penolong Pengurus Kanan SFV Raja Muhammad Faiz Raja Bazaid berkata antara tarikan terbaharu di pusat agropelancongan negeri itu adalah ladang anggur seluas 1.5 hektar.

“Pokok anggur mula ditanam di sini pada 2019. Naman Taman Anggur hanya mula dibuka kepada pengunjung pada Ogos tahun lalu kerana kita lakukan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlebih dahulu.

“Di sini kita mempunyai 71 jenis yang berbeza antaranya seperti Jupiter, Dixon, Monarch, Long White dan Ducat dan benih diperoleh dari Sabah serta Indonesia,” katanya kepada Media Selangor.

Raja Muhammad Faiz menambah, SFV menyediakan pengalaman memetik anggur kepada pengunjung dan hasilnya boleh dibeli pada harga RM25 bagi timbangan 500gram.

Menurutnya, SFV berhasrat memperluaskan lagi tanaman anggur pada masa akan datang termasuk menanam lebih banyak tanaman komoditi bernilai tinggi seperti buah tin.

“Hasil anggur buat masa sekarang hanya dipasarkan di sini sahaja, sama ada ia dijual bersama pakej memetik anggur atau dijual segar dari ladang anggur kami,” katanya.

[caption id="attachment_704044" align="aligncenter" width="692"] Tan Cheng Lu, 40, bersama suami Reuben Cole, 40, berkunjung ke Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

Sementara itu, pengunjung, Tan Cheng Lu, 40, bersama suami warga United Kingdom, Reuben Cole, 40, meluahkan rasa teruja dapat memetik anggur buat pertama kali.

“Semuanya nampak tersusun di sini. Anak kami ada autism dan beliau sangat gembira meluangkan masa bersama alam semula jadi serta haiwan-haiwan kecil.

“Saya terkejut juga di sini ada anggur, kerana ia biasanya ada di kawasan tanah tinggi. Saya teruja lihat bagaimana mereka tanam dan jaga anggur,” katanya yang tinggal di Kajang.

[caption id="attachment_704045" align="aligncenter" width="692"] Badriah Othman, 47, bersama suami Safrizan Ahmad, 49, berkunjung ke Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR. ,[/caption]

Bagi Badriah Othman, 47, dan suaminya, Safrizan Ahmad, 49, musim cuti sekolah merupakan masa untuk meluangkan masa bersama tiga anak mereka sambil menikmati suasana di ladang pertanian.

“Suami mahu datang bawa anak-anak sebab cuti sekolah. Paling seronok di Laman Itik kerana anak-anak gembira di sana.

“Ini pertama kali saya tengok ladang anggur. Saya tidak tahu pun ada ladang anggur di sini. Buahnya juga rasa manis dan sedap,” katanya.

SFV yang terletak di Bestari Jaya, mempunyai lebih 20 jenis tanaman buah-buahan termasuk belimbing, durian, jambu batu, nangka, pulasan, kelapa dan nanas dengan keluasan hampir 1,000 hektar.

[caption id="attachment_704052" align="aligncenter" width="694"] Seorang pekerja ladang anggur memetik buah yang telah masak di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_704048" align="aligncenter" width="692"] Pengunjung memilih buah anggur yang telah masak untuk dipetik di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_704049" align="aligncenter" width="692"] Pengunjung memilih buah anggur yang telah masak untuk dipetik di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_704047" align="aligncenter" width="692"] Pengunjung boleh memetik buah anggur yang telah masak di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_704050" align="aligncenter" width="692"] Pengunjung boleh memetik buah anggur yang telah masak di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 2 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.