ad
AGENSI

PWS serah tabung wakaf RM63,423, naik taraf kemudahan Masjid Puncak Alam

2 Jun 2025, 12:43 PM
PWS serah tabung wakaf RM63,423, naik taraf kemudahan Masjid Puncak Alam
PWS serah tabung wakaf RM63,423, naik taraf kemudahan Masjid Puncak Alam

SHAH ALAM, 2 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf berjumlah RM63,423 bagi membaik pulih penyaman udara ruang solat Masjid Puncak Alam.

Menurut PWS sumbangan itu adalah agihan tabung wakaf daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di masjid berkenaan.

“Sebanyak 33 peratus daripada hasil kutipan tabung diserahkan kembali kepada masjid untuk baik pulih penyaman udara ruang solat.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya menerusi Facebook pada 31 Mei lalu.

Selain itu, turut diadakan kuliah Subuh khas di masjid itu bagi menyebarluas dakwah, kefahaman, kesedaran, hikmah dan fadhilat berwakaf.

PWS turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

PWS memaklumkan sumbangan wakaf boleh dibuat menerusi laman web PWS di fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar memaklumkan, agensi itu berjaya mengagihkan wakaf fisabilillah RM2.4 juta pada tahun lalu.

Menurutnya agihan dibuat kepada 69 institusi termasuk tujuh masjid, 12 surau dan 45 pusat pendidikan di seluruh negeri.

[caption id="attachment_703978" align="aligncenter" width="1081"] Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf RM63,423 bagi membaik pulih penyaman udara ruang solat Masjid Puncak Alam. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.