ad
AGENDA

TUDM tunjang kedaulatan negara, setiap titik peluh, pengorbanan dihargai

1 Jun 2025, 9:00 PM
TUDM tunjang kedaulatan negara, setiap titik peluh, pengorbanan dihargai
TUDM tunjang kedaulatan negara, setiap titik peluh, pengorbanan dihargai

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.

"Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!" kata beliau.

Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_703887" align="aligncenter" width="515"] Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.