ad
AGENDA

103 lembu korban diagih di Parlimen Gombak, MB tumpu komuniti padat

1 Jun 2025, 6:45 PM
103 lembu korban diagih di Parlimen Gombak, MB tumpu komuniti padat
103 lembu korban diagih di Parlimen Gombak, MB tumpu komuniti padat

SHAH ALAM, 1 JUN: Sebanyak 103 ekor lembu diagihkan di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak membabitkan Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang sempena sambutan Aidiladha.

Dato' Menteri Besar berkata agihan haiwan itu disalurkan kepada komuniti strata, Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Kampung, badan bukan kerajaan, kelab komuniti dan surau di DUN terbabit.

“Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Penyerahan Lembu Korban peringkat Parlimen Gombak.

“Kali ini, tumpuan sumbangan kepada komuniti pangsapuri dan kawasan berpenduduk padat agar mereka dapat melaksanakan ibadah korban dengan sempurna, penuh keberkatan dan muafakat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_703865" align="aligncenter" width="666"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada 26 penerima sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Foto Radin Wazir/Pejabat MB[/caption]

Beliau berkata demikian pada pada majlis serahan haiwan korban itu di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, hari ini.

Pada majlis sama, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyampaikan sumbangan Aidiladha berupa wang tunai dan barangan asas kepada 26 penerima sebagai tanda keprihatinan bersama mereka.

“Semoga ibadah korban tahun ini membawa makna besar dalam memperkukuh ikatan sesama kita dan menyemarakkan semangat ukhuwah di Gombak,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.