ad
AGENDA

Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung

31 Mei 2025, 8:59 PM
Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung

Daripada Nurliyana Farhah Ruslan

MAKKAH, 31 MEI: Seorang jemaah haji dari Johor Bahru, Johor, meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz di sini semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham Misnan Ahmad, 60, yang juga jemaah daripada penerbangan KT46 dan menginap di Maktab Bangunan Diary Al Saad di sini disahkan meninggal dunia pada 7.50 pagi waktu tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham yang turut berada di Tanah Suci serta ahli keluarga yang lain.

“Lembaga Tabung Haji (TH) akan menguruskan proses pengebumian dan kita jangkakan jenazah akan dikebumikan hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.

Beliau berkata TH juga akan menyerahkan khairat kematian kepada waris dan akan melaksanakan badal haji untuk arwah pada musim haji ini.

Setakat ini, lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.