SHAH ALAM, 30 MEI: Sokongan masyarakat khususnya organisasi kepada penghuni rumah kebajikan membantu golongan terbabit menjalani hidup berdikari di luar.
Pengerusi Rumah Puteri Arafiah Datin Seri Masdiana Muhamad berkata kehadiran organisasi itu melambangkan keprihatinan dan tanda ambil berat masyarakat sekali gus memberi keyakinan kepada penghuni rumah perlindungan.
“Hari ini kita menerima kunjungan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) ke Rumah Puteri Arafiah bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
[caption id="attachment_703546" align="alignleft" width="500"] Pengerusi Rumah Puteri Arafiah Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada media selepas program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 5 Nilai Kebersamaan "Tindakan Kecil, Impak Besar" anjuran Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) di Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam pada 30 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita sangat menghargainya kerana kehadiran mereka sebenarnya memberi semangat pada pelatih di sini yang sedang jalani pemulihan selama dua tahun.
“Kunjungan ini beri impak besar dan menunjukkan masyarakat prihatin dan ambik berat. Apabila pelatih berasa dihargai, mereka yakin untuk kembali berdepan dengan masyarakat,” katanya ditemui pada program 5 Nilai Kebersamaan bersama Koop Sahabat hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat Mazri Mahmood berkata tujuan penganjuran program berkenaan adalah bagi membantu memulihkan semangat pelatih untuk berdepan dengan masyarakat kelak.
“Program ini merupakan inisiatif kakitangan koperasi sendiri yang mana prinsip Koop Sahabat ketujuh iaitu prihatin dengan masyarakat. Rumah Puteri Arafiah merupakan rumah perlindungan pertama yang kami santuni untuk laksana program bersama masyarakat.
“Walaupun program nampak kecil tetapi ia dapat beri impak besar kepada pelatih dan kakitangan sendiri. Kita berharap program ini bantu pulihkan semangat pelatih selain kakitangan pula prihatin dengan nasib masyarakat luar,” katanya.
[caption id="attachment_703547" align="aligncenter" width="1251"] Kakitangan Koop Sahabat dan penghuni Rumah Arafiah bergotong-royong memasak makanan sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 5 Nilai Kebersamaan "Tindakan Kecil, Impak Besar" anjuran Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) di Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam pada 30 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_703548" align="aligncenter" width="1282"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat Mazri Mahmood menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Rumah Puteri Arafiah Siti Noor Asmah Hamzah ketika program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 5 Nilai Kebersamaan "Tindakan Kecil, Impak Besar" anjuran Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) di Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam pada 30 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]