ad
AGENDA

Lelaki maut selepas lori rempuh gerai, pagar masjid di Sungai Buloh

30 Mei 2025, 7:37 PM
Lelaki maut selepas lori rempuh gerai, pagar masjid di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di hadapan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.36 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Nissan UD yang telah melanggar sebuah motorsikal dan merempuh gerai penjaja serta pagar masjid.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 30 tahun yang ditemukan tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mangsa berjaya dikeluarkan pada 1.44 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.