ad
AGENDA

Bas ekspres terbakar, 28 penumpang, pemandu selamat

30 Mei 2025, 11:06 AM
Bas ekspres terbakar, 28 penumpang, pemandu selamat

IPOH, 30 MEI: Sebanyak 28 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.50 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas pada ketika itu sehingga menyebabkan bas terbabit dianggarkan 90 peratus musnah terbakar.

"Sebanyak 28 penumpang di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum bomba sampai di lokasi kejadian dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, kebakaran bas itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan operasi tamat pada 10.33 malam.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.