SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 172 kompaun bagi kesalahan membuang sampah secara haram di kawasan pentadbirannya hingga 22 Mei lepas.
Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata berkata operasi tersebut merangkumi kawasan 48 titik panas dengan pemasangan 14 kamera litar tertutup (CCTV) melalui penguatkuasaan PJ Watch.
“Operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan pada sepanjang bulan Mei ini tertumpu kepada lokaliti seperti SS 2, Seksyen 17, SS 3, PJU 5, PJS 1 dan SS 7.
“Hasil operasi, sebanyak 13 tindakan kompaun telah dilaksanakan mengikut pecahan seperti individu (6), syarikat (3) dan kenderaan (1),” katanya dalam perutusan Mesyuarat Majlis Bil.5/2025 baru-baru ini.
Beliau turut menyeru pihak bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga persekitaran agar sentiasa bersih dan selamat demi kesejahteraan penduduk Petaling Jaya.