ad
AGENSI

Tingkat keselesaan kampung Orang Asli, Selangor sedia dana pembangunan infrastruktur

30 Mei 2025, 8:02 AM
Tingkat keselesaan kampung Orang Asli, Selangor sedia dana pembangunan infrastruktur

GOMBAK, 30 MEI: Sejumlah RM50,000 diperuntuk untuk program pembangunan infrastruktur dan sosial di setiap kampung Orang Asli di seluruh negeri.

EXCO hal ehwal Orang Asli berkata permohonan dana boleh dibuat oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang diwakili oleh ketua kampung atau tok batin lantikan negeri di setiap kawasan.

“Kerajaan Negeri sedang membantu untuk penyambungan bekalan elektrik di beberapa kawasan yang bergantung kepada penggunaan lampu solar.

“Selangor komited tingkat kesejahteraan penduduk Orang Asli. Selain itu, kerja menaik taraf kemudahan lain seperti jalan raya dan lampu juga sedang giat dijalankan yang tertumpu di kawasan pendalaman,” kata V Papparaidu.

Terdahulu, Papparaidu mengadakan lawatan kerja ke Hospital Orang Asli Gombak dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 33 pesakit yang sedang dirawat.

Papparaidu menambah antara inisiatif lain dana sejumlah RM10,000 untuk penganjuran program kemasyarakatan sosial.

“Peruntukan ini disalur pada 74 kampung Orang Asli dan dikendali 62 tok batin seluruh negeri yang disedia pada setiap tahun.

“Namun, saya berharap semua Tok Batin menggunakan dana yang disedia ini sebaik-baiknya untuk kebaikan masyarakat Orang Asli di kawasan masing-masing,” ujarnya lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.