ad
EXCO

Negeri anjur Hari Orang Asli Sedunia pada 9 Ogos, sasar pengunjung luar negara

29 Mei 2025, 4:52 PM
Negeri anjur Hari Orang Asli Sedunia pada 9 Ogos, sasar pengunjung luar negara

GOMBAK, 29 MEI: Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat negeri pada tahun ini akan dianjurkan di Kampung Kelingsing, Sepang pada 9 Ogos depan.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata program dengan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mencerminkan komitmen pentadbiran negeri untuk mengangkat taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

“Aktiviti menarik pertunjukan reka bentuk rumah Orang Asli, acara larian, memasak, kebudayaan dan saringan kesihatan.

“Kami menyasarkan kedatangan pengunjung dari luar negara dan orang Asli negeri lain. Acara ini akan disambut dengan meriah, kita tidak akan meminggirkan Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Orang Asli Gombak (HOGA) dan Muzim Orang Asli Gambak di sini.

Dalam pada itu, Papparaidu memberitahu pentadbiran negeri sedia membantu untuk menaik taraf fasiliti hospital Orang Asli di Gombak mengikut keperluan.

“Pengurusan hospital boleh menyediakan kertas kerja jika mendapati ada penambahbaikan fasiliti perlu dibuat dan saya akan panjangkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari.

“Namun terdapat kebimbangan kes penularan penyakit tibi di kalangan Orang Asli agak tinggi, secara keseluruhan Selangor rekod kes kedua terbanyak selepas Sabah. Saya akan bawa perkara ini kepada EXCO kesihatan dan menteri kesihatan untuk tindakan susulan,” jelasnya.

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.