ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan warga emas di Gombak Sabtu ini, pengangkutan disedia

29 Mei 2025, 12:00 PM
Saringan kesihatan warga emas di Gombak Sabtu ini, pengangkutan disedia
Saringan kesihatan warga emas di Gombak Sabtu ini, pengangkutan disedia

SHAH ALAM, 29 MEI: Warga emas berumur 60 tahun ke atas dipelawa menyertai Program Kesihatan Warga Emas Selangor di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Sabtu ini.

Bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, program secara percuma itu dijayakan oleh pasukan kesihatan profesional selain pengangkutan percuma disediakan.

Menurut EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin di Facebook, program itu merangkumi saringan kesihatan, ceramah kesihatan dan senaman untuk warga emas.

"Warga emas berumur 60 tahun ke atas, ahli keluarga, penjaga atau jiran yang prihatin dijemput hadir ke program saringan kesihatan percuma.

"(Ia) bagi mengenal pasti awal tanda-tanda keuzuran (frailty) — seperti kelesuan, penurunan berat badan tidak dirancang, dan kelemahan fizikal," katanya.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran di pautan https://bit.ly/SaringanKesihatanWargaEmasNegeriSelangor atau hubungi Azim (011-33599480) atau Mukhlis (014-3432343).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.