ad
AGENDA

Dera 299 pesakit, bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun

29 Mei 2025, 8:37 AM
Dera 299 pesakit, bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun

PARIS, 29 MEI: Seorang bekas pakar bedah Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas mengaku mendera 299 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, lapor agensi berita Jerman dpa.

Dalam perbicaraan penderaan kanak-kanak terbesar di Perancis, Joel Le Scouarnec, 74, yang telah bersara, mengaku mendera 158 pesakit lelaki dan 141 pesakit perempuan dengan purata umur 11 tahun antara 1989 hingga 2014.

Pendakwa raya menuduh tertuduh memperlakukan mangsanya seperti objek tidak bernyawa tanpa sebarang empati, sambil mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai doktor.

Beliau sering melakukan penderaan ke atas pesakit yang masih di bawah kesan bius atau kanak-kanak yang tidak mampu mengenal pasti tindakan tersebut sebagai penderaan.

Kes itu mengejutkan Perancis dan menimbulkan persoalan mengapa pihak berkuasa kesihatan tidak dapat menghentikan perbuatannya lebih awal memandangkan beliau pernah dijatuhi hukuman penjara tertangguh pada 2005 kerana kesalahan pornografi kanak-kanak.

-- BERNAMA-dpa

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.