ad
AGENDA

PM: Perkenal undang-undang baharu pastikan AI terus berkembang

28 Mei 2025, 12:44 PM
PM: Perkenal undang-undang baharu pastikan AI terus berkembang

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.

“Jika kita mahu menggunapakai AI, maka kita tidak boleh memikirkan kedaulatan dalam bentuk pemikiran lama,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 bertemakan “The Intelligent Grid: Building Bridges Through Sovereign AI Collaboration” anjuran Fortune di sini, hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.