ad
BERITA UTAMA

MPSepang anjur Hari Mantai menjelang Aidiladha, sedia 60 lot niaga

27 Mei 2025, 9:00 PM
MPSepang anjur Hari Mantai menjelang Aidiladha, sedia 60 lot niaga
MPSepang anjur Hari Mantai menjelang Aidiladha, sedia 60 lot niaga

SHAH ALAM, 27 MEI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyediakan 60 lot perniagaan di Tapak Pasar Salak yang akan menawarkan pelbagai kelengkapan bagi menyambut Raya Haji.

Timbalan Yang Dipertuanya Muhamad Shah Osmin berkata menerusi program Hari Mantai sempena Aidiladha, tapak perniagaan itu akan beroperasi pada 5 dan 6 Jun, bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

[caption id="attachment_698760" align="alignleft" width="346"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Muhamad Shah Osmin[/caption]

“Antara barang yang akan dijual termasuk termasuk daging, ayam, rempah ratus, barangan runcit, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan keperluan lain,” katanya dalam perutusan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPSepang hari ini.

Beliau turut menjelaskan Aidiladha adalah hari kebesaran yang disambut umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar.

“Hari Raya Haji ini juga sangat dekat dengan budaya mantai dalam menguruskan daging korban dan kegiatan gotong-royong yang menjadi ikatan asas dalam masyarakat kita,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.