ad
ADN

Cuti sekolah: DUN Tanjong Sepat anjur lawatan percuma ke Muzium Sultan Alam Shah

27 Mei 2025, 7:15 AM
Cuti sekolah: DUN Tanjong Sepat anjur lawatan percuma ke Muzium Sultan Alam Shah

SHAH ALAM, 27 MEI: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat dijemput menyertai lawatan percuma ke Muzium Sultan Alam Shah sempena cuti sekolah pada 31 Mei ini.

Menurut pejabat pusat khidmat rakyat DUN itu, program bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya kanak-kanak mengenai sejarah dan warisan negeri Selangor secara interaktif.

"Penduduk kampung sekitar DUN Tanjong Sepat dialu-alukan menyertai program ini untuk bersama-sama menimba ilmu sambil beriadah bersama keluarga,” katanya menerusi Facebook.

Tempat adalah terhad dan penduduk yang berminat digalakkan mendaftar segera melalui ketua kampung masing-masing.

Berdasarkan poster, pihak penganjur menyediakan pengangkutan dan makanan kepada peserta terlibat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.