ad
AGENDA

Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik

27 Mei 2025, 4:03 AM
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik
Kepimpinan baharu KEADILAN siap siaga hadapi PRU-16, rancang strategi terbaik

Oleh: Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 27 MEI: Menang pilihan raya umum ke-16 (PRU-16) menjadi misi utama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) supaya masa depan politik negara lebih kukuh dan stabil sekali gus menjamin kesinambungan usaha membela kebajikan rakyat melalui dasar adil dan inklusif.

Barisan kepimpinan tertinggi parti yang selesai pasca Kongres Nasional KEADILAN pada 24 Mei lalu menyaksikan kemunculan ramai tokoh muda serta pemimpin akar umbi yang lebih kompeten dan bersemangat baharu selari dengan usaha memperkukuh struktur parti menjelang PRU-16.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) G Gunaraj mahu pasukan kuat dibentuk bagi membantu presiden dan barisan pimpinan utama merangka strategi untuk mencapai matlamat kemenangan.

[caption id="attachment_702969" align="alignleft" width="506"] Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr G Gunaraj ditemui ketika perasmian Kongres Nasional tahunan AMK dan wanita bagi tahun 2024/2025 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor pada 22 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Kita perlu garap kekuatan kita dan bersedia. Tak semestinya menjadi MPP atau naib presiden, sebagai ahli setiap ketua cabang, ada peranan masing-masing, kita perlu gerak ke hadapan dengan satu matlamat iaitu menangkan parti ini kerana pilihan raya akan datang sangat mustahak," katanya.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli berharap pasukan yang ada memberi khidmat terbaik kepada rakyat serta memastikan parti kekal relevan.

"Harus kita ingat ini adalah pasukan presiden, pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim pastikan kita terus memberi khidmat terbaik dan contoh terbaik untuk rakyat melalui politik khidmat kita di lapangan," ujarnya.

[caption id="attachment_702970" align="alignright" width="561"]
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli ditemui ketika perasmian Kongres Nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi tahun 2024/2025 di Persada Johor pada 23 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN, Rozana Zainal Abidin, beliau berhasrat memperkukuh peranan wanita di dalam parti dengan meningkatkan peranan aktif mereka dalam aspek kepimpinan sekali gus memastikan suara wanita didengar dan diiktiraf.

"Matlamat utama saya, bantu lebih ramai wanita yang saya sebut dalam visi dan misi saya antaranya tentang kemandirian ekonomi itu, sistem pendidikan komprehensif maksudnya dari sudut perundangan, dan saya juga mahu melihat semua ibu tidak lagi buta huruf, mereka perlu menguasai banyak perkara," katanya.

[caption id="attachment_565387" align="alignleft" width="498"] Naib Ketua Wanita KEADILAN, Rozana Zainal Abidin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri (KDN) Yahya Mat Sahri pula menekankan tentang pentingnya pasukan baharu dengan latihan rapi bagi memastikan jentera parti bersedia sepenuhnya.

“Pemimpin muda dalam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) diharap menjadi pelapis yang berwibawa dan tunjang utama parti pada masa depan,” katanya.

Pastinya yang turut memainkan peranan penting dalam kepimpinan parti adalah sayap AMK yang sentiasa komited menyantuni anak muda.

Ia bagi memastikan golongan itu diberi perhatian khusus termasuk melalui program kepimpinan, pendedahan politik serta peluang penglibatan aktif dalam proses pembuat keputusan parti demi melahirkan generasi pemimpin masa depan yang berkualiti dan berwibawa.

[caption id="attachment_702971" align="alignright" width="546"] Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri (KDN) Yahya Mat Sahri ditemui di ceramah Grand Finale Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di KSL Hotel Johor Bahru pada 22 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Pimpinan kali ini bukan hadir sebagai pemimpin tapi juga hadir bagi memastikan gerak kerja pilihan raya diperkemaskan menjelang PRU-16.

"Perlu pastikan sokongan anak muda kekal dan harapan besar lebih kepada sayap ini, jadi antara fokus utama AMK ialah inisiatif P50 yang bertujuan mengenal pasti pemimpin di peringkat akar umbi di 50 kerusi parlimen strategik," kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Izuan Kasim.

[caption id="attachment_692712" align="alignleft" width="482"] Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Izuan Kasim. Foto Facebook Izuan Kasim[/caption]

Pemilihan kepimpinan parti sesi 2025-2028 Jumaat lalu menyaksikan penyertaan seramai 251 calon, melibatkan 104 pencalonan untuk Majlis Pimpinan Pusat, 85 untuk Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan, dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita.

 

[caption id="attachment_702508" align="aligncenter" width="829"] Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di Persada Johor pada 23 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.