ad
BERITA UTAMA

Ribuan pengunjung meriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya

26 Mei 2025, 9:10 AM
Ribuan pengunjung meriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya
Ribuan pengunjung meriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya
Ribuan pengunjung meriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya

SUBANG JAYA, 26 MEI: Lebih 1,000 orang hadir memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) edisi kedua tahun ini yang diadakan buat pertama kali di Zon Seri Kembangan.

Menurut Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) program bermula dengan acara larian dan kayuhan santai yang dilepaskan oleh Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Amirul Azizan.

[caption id="attachment_702882" align="aligncenter" width="661"] Sebahagian peserta larian santai program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) di Seri Kembangan pada 25 Mei 2025. Foto Facebook MBSJ[/caption]

"MBSJ merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini," kata pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Fiesta Sarapan Pagi, Eco Free Market, serta pameran dan kaunter perkhidmatan daripada pelbagai agensi untuk kemudahan pengunjung.

Antara yang paling mendapat sambutan ialah pengagihan 1,000 anak pokok secara percuma sebagai simbolik usaha menjaga alam sekitar selain acara cabutan bertuah istimewa.

[caption id="attachment_702884" align="aligncenter" width="660"] Salah seorang pemenang cabutan bertuah Sebahagian program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) di Seri Kembangan pada 25 Mei 2025. Foto Facebook MBSJ[/caption]

Program HTKSJ merupakan usaha MBSJ untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan kenderaan dan menyokong gaya hidup sihat demi mewujudkan bandar yang lebih bersih dan mesra alam.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Wong Siew Ki, Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid serta barisan ahli majlis dan pegawai MBSJ.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.