SELAYANG, 26 MEI: Kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun dipelawa menyertai pertandingan menghias wau kapal tercantik sempena Karnival Ceria Selangor di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang pada 31 Mei ini.
Menurut Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) penyertaan boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/UdF1bXG38WrnNnje6 atau dengan mengimbas kod QR pada bahan promosi rasmi.
"Hadiah menarik menanti adik-adik! Tunjukkan bakat dan kreativiti adik-adik menghias wau dalam pertandingan ini," katanya menerusi Facebook.
Karnival Ceria Selangor anjuran Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai pengisian bermanfaat untuk seluruh keluarga termasuk aktiviti sukan, permainan tradisional, pameran dan persembahan pentas.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara dan memberi sokongan kepada peserta cilik yang akan mempertaruhkan kreativiti mereka dalam menghias wau kapal.
Berdasarkan poster, hadiah tempat pertama pertandingan ini merupakan wang tunai RM200, tempat kedua RM150, ketiga RM80 dan tempat keempat hingga 10 akan bawa pulang tunai RM30.