ad
BERITA UTAMA

Julung kali dianjur, Konvensyen Wanita Selangor jadi landasan perhebat peranan dan potensi

25 Mei 2025, 1:00 PM
Julung kali dianjur, Konvensyen Wanita Selangor jadi landasan perhebat peranan dan potensi
Julung kali dianjur, Konvensyen Wanita Selangor jadi landasan perhebat peranan dan potensi

SHAH ALAM, 25 MEI: Kira-kira 1,000 wanita daripada pelbagai latar belakang dijangka menyertai Konvesyen Wanita Selangor yang julung kali dianjur pada bulan depan.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata program anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) bertujuan memperkasa peranan wanita dalam setiap sektor ekonomi.

“Ada tiga komponen iaitu salah satunya kita ada konvesyen Her Career dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memfokuskan membantu wanita kembali ke alam pekerjaan.

“Yang kedua adalah ekspo hasil iaitu hasil karya dan produk wanita Selangor akan ditonjolkan dan yang terakhir adalah sesi 'pitching' usahawan wanita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Usahanita Digital di pusat beli-belah Central i-City, di sini hari ini.

[caption id="attachment_702764" align="aligncenter" width="870"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai usahawan wanita ketika Program Insentif Digital Media Usahanita Muda di pusat beli belah Central i - City, Shah Alam pada 25 Mei 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Konvensyen yang dijadual berlangsung pada 28 Jun di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada Mac lalu, Kerajaan Selangor dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memeterai kerjasama strategik untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja menerusi Jelajah Wanita MyWira.

Kesuma yang diwakili TalentCorp akan menyediakan sesi libat urus, pembangunan kemahiran serta menghubungkan peserta dengan peluang pekerjaan dan insentif tenaga kerja.

Program Wanita MyWira dilancarkan pada Mac tahun lalu dengan sasaran meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja kepada 60 peratus, selaras keperluan ekonomi Madani.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.