ad
PBT

Jubli Perak Shah Alam: MBSA tawar alat sokongan percuma buat B40, OKU, warga emas

25 Mei 2025, 12:30 PM
Jubli Perak Shah Alam: MBSA tawar alat sokongan percuma buat B40, OKU, warga emas
Jubli Perak Shah Alam: MBSA tawar alat sokongan percuma buat B40, OKU, warga emas

SHAH ALAM, 25 MEI: Sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Bandar Raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan alat sokongan percuma kepada penduduk yang layak.

Menurut MBSA, inisiatif khas itu menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40), orang kurang upaya (OKU) dan warga emas sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat.

Pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan, permohonan alat sokongan seperti kerusi tandas, tongkat bantu jalan, gigi palsu dan cermin mata membaca dibuka sejak 5 Mei lalu.

“Khas untuk warga Shah Alam, sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Bandaraya Shah Alam jom rebut peluang ini demi keselesaan dan kesejahteraan anda serta keluarga,” katanya menerusi Facebook.

Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster hebahan, atau menghubungi talian 03-5522 2732 atau 010-353 3129.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.