SHAH ALAM, 25 MEI: Seramai 81 usahawan wanita diberi peluang memasarkan produk dan inovasi masing-masing menerusi Bazar Usahanita Digital yang berlangsung di pusat beli-belah Central i-City, di sini hari ini.
EXCO pembangunan wanita berkata program anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) bertujuan memperkasa wanita dalam bidang keusahawanan melalui pendekatan ekonomi digital.
[caption id="attachment_702766" align="aligncenter" width="799"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap ketika Program Insentif Digital Media Usahanita Muda di pusat beli belah Central i - City, Shah Alam pada 25 Mei 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Bazar Usahanita Digital memberi peluang kepada usahawan wanita mempamerkan produk dan inovasi kreatif mereka secara langsung kepada pengunjung.
“Program ini turut menyediakan sesi bimbingan bersama pakar industri dalam bidang pemasaran digital serta pembangunan perniagaan,” kata Anfaal Saari selepas merasmikan program berkenaan.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif WBS Siti Faridah Samad.
[caption id="attachment_702765" align="aligncenter" width="815"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari bergambar bersama ketika Program Insentif Digital Media Usahanita Muda di pusat beli belah Central i - City, Shah Alam pada 25 Mei 2025. Hadir sama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) Siti Faridah Samad. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Anfaal menjelaskan, program berkenaan menerima 226 permohonan daripada usahawan wanita dan 203 peserta terpilih menyertai Fasa 1 iaitu bengkel latihan asas yang diadakan bulan lalu.
Seterusnya, 120 peserta disaring ke Fasa 2 yang memberi pendedahan intensif tentang topik seperti rekaan grafik, penjenamaan, pemasaran digital dan pembangunan laman sesawang.
Kini di Fasa 3, Anfaal memberitahu hanya 50 daripada 81 peserta Bazar Usahanita Digital yang terbaik akan dipilih ke peringkat akhir.
[caption id="attachment_702764" align="aligncenter" width="791"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai usahawan wanita ketika Program Insentif Digital Media Usahanita Muda di pusat beli belah Central i - City, Shah Alam pada 25 Mei 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita akan menobatkan 10 Ikon Usahanita Selangor yang bakal menerima geran padanan perniagaan, lawatan industri dan sijil penghargaan,” ujar Anfaal.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), Yayasan Peneraju, dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).
[caption id="attachment_702763" align="aligncenter" width="809"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai usahawan wanita ketika Program Insentif Digital Media Usahanita Muda di pusat beli belah Central i - City, Shah Alam pada 25 Mei 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]