ad
ADN

DUN Pandan Indah salur lebih RM19,000 bantu penduduk, tingkat kemudahan surau

25 Mei 2025, 8:04 AM
DUN Pandan Indah salur lebih RM19,000 bantu penduduk, tingkat kemudahan surau
DUN Pandan Indah salur lebih RM19,000 bantu penduduk, tingkat kemudahan surau

SHAH ALAM, 25 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah memperuntukkan lebih RM19,000 bagi menyokong keperluan penduduk dan rumah ibadat di sekitar kawasan tersebut.

Wakil rakyatnya Dato’ Ir Izham Hashim berkata sebanyak RM12,500 disalurkan bagi pembelian televisyen pintar, komputer riba dan buku untuk kegunaan Taski ABIM dan Surau An-Nur di Taman Cempaka.

“Turut disumbangkan ialah almari dan set kerusi taman bernilai RM6,500 kepada Surau Al-Ikhlas, Flat PKNS Taman Dagang.

“Saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan untuk pembelian penyaman udara baharu bagi menggantikan unit lama yang rosak di surau tersebut,” katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_702751" align="aligncenter" width="709"] Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Dato’ Ir Izham Hashim menghulurkan sumbangan kepada wakil Surau Al-Ikhlas, Flat PKNS Taman Dagang pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]

Selain itu, Ir Izham turut meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada beberapa warga emas di Kampung Pandan Dalam.

“Semoga segala program yang dijalankan ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah,” tambah beliau.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.