ad
BERITA UTAMA

Kempen bebas plastik, langkah mula masyarakat peduli alam sekitar

25 Mei 2025, 6:00 AM
Kempen bebas plastik, langkah mula masyarakat peduli alam sekitar
Kempen bebas plastik, langkah mula masyarakat peduli alam sekitar
Kempen bebas plastik, langkah mula masyarakat peduli alam sekitar
Kempen bebas plastik, langkah mula masyarakat peduli alam sekitar

OLEH AIDA NYAN

SEPANG, 25 MEI: Kempen Bebas Plastik anjuran Kerajaan Negeri berjaya menyatukan masyarakat di Pantai Bagan Lalang hari ini untuk menjaga alam sekitar bersama-sama.

Salehudin Jukari, 55, yang bertugas sebagai krew stor berasal dari Banting ini menyokong sepenuhnya kempen yang dijalankan secara santai namun mampu memberi kesedaran awam tentang mesej yang ingin disampaikan.

"Kempen ini beri kesedaran untuk ganti plastik dengan bahan yang lebih mesra alam sekitar. Program macam ini lebih berkesan kerana dapat tarik minat anak muda, orang tua pun rasa meriah untuk turut serta," katanya yang datang bersama penduduk setempat.

[caption id="attachment_702688" align="alignleft" width="398"] Salehudin Jukari, 55[/caption]

Bagi Nur Fatin Ahmad, 35, seorang suri rumah yang hadir bersama anak-anak, program sebegini memberi peluang terbaik untuk mendidik generasi muda sejak awal lagi.

"Tanggungjawab jaga alam sekitar perlu bermula diri sendiri, kalau berkempen sahaja pun tak berguna. Program ini dapat didik anak-anak cara kutip dan buang sampah dengan betul sejak kecil," katanya.

Ahli Persatuan Belia Wira Pekan Bagan Lalang, Amar Zafran Mohd Radzi, 30, berkata kempen ini membuka mata masyarakat tentang realiti pencemaran plastik.

"Penggunaan plastik semakin meluas. Kalau tak dibendung, alam sekitar akan tercemar. Program macam ni bukan sahaja santai, tapi sarat dengan pengisian yang mendidik peserta supaya lebih sedar tentang kepentingan menjaga alam," ujarnya.

[caption id="attachment_702686" align="alignright" width="417"] Nur Fatin Ahmad, 35[/caption]

Bagi sukarelawan, Aliff Ritzman Merican Mohd Roslan Merican, 30, pula program siri pertama yang dijalankan di kawasan ini adalah satu langkah yang tepat selain dapat memupuk semangat kesukarelawanan.

“Bagan Lalang adalah kawasan pelancongan, jadi isu bebas plastik sangat penting untuk dititikberatkan.

"Semangat kesukarelawanan ini perlu dilatih dari awal. Bila diberi peluang menjadi sukarelawan dalam program seperti ini, ia adalah permulaan yang baik untuk persatuan belia seperti kami," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Belia Wira Pekan Bagan Lalang.

Sementara itu, Nurul Husna Ahmad Munawar, 24, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat kempen ini sebagai platform kolaboratif yang memberi impak positif kepada masyarakat.

"Program ini berkesan sebab ia libatkan pelbagai institusi. Ia dapat membantu pupuk pemahaman lebih mendalam dalam kalangan belia terutamanya tentang kepentingan kempen alam sekitar," katanya.

[caption id="attachment_702687" align="alignleft" width="422"] Nurul Husna Ahmad Munawar, 24[/caption]

Kempen Bebas Plastik siri pertama di Pantai Bagan Lalang ini disertai 1700 peserta dan 221 sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Program bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan plastik ini akan diteruskan di Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi siri kedua pada Julai dan dua lagi lokasi yang akan diumumkan kelak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.