SHAH ALAM, 25 MEI: Program cerapan burung sempena sambutan Hari Burung Hijrah Sedunia diraikan semalam untuk mendekatkan masyarakat dengan keunikan biodiversiti burung tempatan.
Selain memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan habitat semula jadi, orang ramai berpeluang mengenali ratusan spesies burung sambil mengasah kemahiran memerhati dan merekod.
Turut dianjurkan program Mini Bird Race, yang mengajak masyarakat bergerak secara berkumpulan untuk mencari spesies burung, dengan tawaran hadiah RM300 kepada pemenang tempat pertama.
Jurufoto FIKRI YUSOF merakam suasana sekitar program tersebut di Taman Botani Negara Shah Alam, termasuk penganjuran pertandingan bagi menyemai kesedaran ekologi generasi akan datang.
[caption id="attachment_702733" align="aligncenter" width="718"] Peserta cilik mencerap burung sempena program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Acara ini sebahagian usaha mendidik masyarakat kepentingan memelihara dan melindungi spesies burung hijrah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702734" align="aligncenter" width="725"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian selepas merasmikan program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702735" align="aligncenter" width="749"] Pengunjung melihat gambar salah satu spesies burung hijrah, iaitu Burung Murai Belanda sempena program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Di Malaysia, spesies itu dilindungi bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702736" align="aligncenter" width="739"] Peserta yang mengambil bahagian dalam program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam mencatit nama burung yang dicerap untuk merebut hadiah wang tunai pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702737" align="aligncenter" width="733"] Peserta program Mini Bird Race tekun menjalankan aktiviti pencerapan burung, untuk mengenal pasti spesies burung yang berhijrah pada 24 Mei 2025. Turut kelihatan rumah burung hantu di di Taman Botani Negara Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702738" align="aligncenter" width="770"] Orang ramai menaiki trem dan berbasikal bagi memudahkan pergerakan ke lokasi pemerhatian spesies burung sekitar Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Kemudahan ini membantu peserta menjalankan aktiviti pencerapan secara efisien. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702730" align="aligncenter" width="701"] Jurugambar Citizen Scientist Zaidie Abdul Aziz membidik foto bagi melihat pelbagai spesies burung di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702731" align="aligncenter" width="793"] Helang antara ratusan spesies burung yang kelihatan di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Program ini mendidik masyarakat berhubung kepentingan memelihara dan melindungi spesies burung hijrah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702732" align="aligncenter" width="733"] Peserta menggunakan teropong untuk mencerap pelbagai spesies burung dalam program Mini Bird Race di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]