ad
AGENDA

Salah guna visa lawatan bagi tujuan haji, Arab Saudi denda hingga US$26,670

24 Mei 2025, 9:14 AM
Salah guna visa lawatan bagi tujuan haji, Arab Saudi denda hingga US$26,670

RIYADH, 24 MEI: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (US$26,670) akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang memohon sebarang jenis visa lawatan bagi pihak individu yang menunaikan atau cuba menunaikan ibadah haji tanpa permit sah, atau yang memasuki atau tinggal di Mekah dan kawasan Tanah Suci dari 1 Zulhijjah hingga 14 Zulkaedah 1446 Hijrah.

Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan individu yang diberikan visa lawatan dan melanggar peraturan itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian menyeru orang ramai agar mematuhi segala peraturan dan arahan berkaitan ibadah haji, yang bertujuan memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jemaah dalam menunaikan ibadah.

Orang awam turut digalakkan melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 bagi kawasan Mekah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh Kerajaan Arab Saudi.

-- BERNAMA-SPA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.