JOHOR BAHRU, 24 MEI: Garis masa dan hala tuju Malaysia menjelang usia 100 tahun pada 2057 perlu dirangka bermula sekarang dengan penuh idealisme, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Justeru, naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata perkara itu perlu ditetapkan dalam tempoh 32 tahun lagi untuk mencapai kesepaduan rakyat, selain memastikan negara terus maju.
Jelasnya yang juga Dato’ Menteri Besar, rancangan kerangka berkenaan juga sebagai usaha memastikan KEADILAN kekal relevan dan berada pada kedudukan baik dalam landasan politik nasional.
“Kita harus berani meletakkan imaginasi bagaimana bangsa Malaysia pada usia 100 tahun. Bagaimana rupa orang Melayu, Cina dan India. Kena bayangkan (bagaimana) bangsa kita di hadapan.
[caption id="attachment_702614" align="aligncenter" width="742"] Naib Presiden KEADILAN Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam sesi penggulungan Kongres Nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi tahun 2024/2025 di Persada Johor pada 24 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
"Ini harus ada keberanian, harus ditonjolkan Angkatan Muda dan KEADILAN. Kita bukan parti untuk hari ini tetapi pelopor masa depan meraikan 100 tahun Malaysia dengan kerangka yang diimaginasi.
“Ini menjadi perjuangan KEADILAN untuk hidupkan Melayu, Islam dengan ilmu, pendedahan, kecerdasan bukan ketakutan. Kita mahu semua kaum hidup bersama-sama, bukan untuk disaingi,” katanya.
Beliau berucap ketika sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan 2024/2025 yang berlangsung mulai semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, dekat sini.
Pada pemilihan semalam, Amirudin mengekalkan jawatan penggal lalu selepas meraih undi tertinggi sebanyak 7,955 undi, disusuli Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan (5,895), satu-satunya muka baharu.
Dua penyandang lagi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun memperoleh 5,881 undi diikuti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dengan yang mendapat 5,757 undi.
Seramai 12 ahli KEADILAN bersaing merebut empat kedudukan untuk jawatan naib presiden pada pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti itu bagi penggal 2025-2028.