ad
BERITA UTAMA

Jobcare Selangor tawar lebih 4,000 peluang kerja untuk semua, termasuk OKU

24 Mei 2025, 4:00 AM
Jobcare Selangor tawar lebih 4,000 peluang kerja untuk semua, termasuk OKU

PETALING JAYA, 24 MEI: Karnival Jelajah Jobcare Selangor peringkat Petaling berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya hari ini.

EXCO Pembangunan Sumber Manusia V Papparaidu berkata sebanyak 4,178 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor ditawarkan untuk berkhidmat di Selangor, manakala 82 lagi di luar negeri.

“Sebanyak 29 majikan mengambil bahagian dalam program ini, menawarkan pelbagai jawatan dengan gaji melebihi RM2,000 sebulan.

"Ini antara inisiatif Kerajaan Negeri membantu rakyat memperoleh kerjaya yang stabil,” katanya.

Antara syarikat terlibat termasuk:

  • Parkson Corporation Sdn Bhd
  • Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd
  • Longi Malaysia Sdn Bhd
  • Infinity Logistics and Transport Sdn Bhd
  • Carsome Sdn Bhd

Program turut memberi keutamaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU). Antara majikan yang mengambil pekerja OKU ialah:

  • KyoChon Sdn Bhd (OKU pembelajaran)
  • 99 Speedmart Sdn Bhd (OKU bisu, pendengaran, pembelajaran)
  • Nando’s Malaysia (OKU pendengaran, pertuturan dan pembelajaran)

Karnival bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Pencari kerja boleh hadir terus atau mendaftar melalui https://bit.ly/jobcarepetaling.

Program Jelajah Jobcare akan diteruskan ke tujuh lagi daerah selepas ini:

  • Kuala Langat – 21 Jun, Dewan Sri Jugra
  • Hulu Selangor – 5 Julai, Dewan Merdeka KKB
  • Hulu Langat – 19 Julai, Dewan Perbandaran MPAJ
  • Kuala Selangor – 9 Ogos, Dewan MPKS Puncak Alam
  •  Klang – 27 September, Dewan Hamzah
  •  Sabak Bernam – 11 Oktober, Dewan Tun Razak
  • Sepang – 15 November, Dewan Komuniti BBST

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.