ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis hari ini

24 Mei 2025, 1:15 AM
Saringan kesihatan percuma di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis hari ini
Saringan kesihatan percuma di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis hari ini

SHAH ALAM, 24 MEI: Penduduk sekitar Sungai Kandis dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma menerusi inisiatif Selangor Saring di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis hari ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan termasuk saringan fizikal, ujian darah, urin, barah, mata, gigi dan banyak lagi.

Inisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri memperluas akses kesihatan kepada rakyat terutamanya golongan berisiko serta mereka yang belum pernah menjalani saringan secara berkala.

Orang ramai digalakkan membuat pendaftaran awal melalui aplikasi  Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu yang dibuat melalui borang saringan awal dalam aplikasi tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Talian Hotline Selcare di 1-800-22-6600.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember 2024, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu usia 46 hingga 64 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.