ad
AGENDA

Anwar: Calon tewas tidak dipinggir, rangkul teruskan perjuangan parti

23 Mei 2025, 3:48 PM
Anwar: Calon tewas tidak dipinggir, rangkul teruskan perjuangan parti
Anwar: Calon tewas tidak dipinggir, rangkul teruskan perjuangan parti
Anwar: Calon tewas tidak dipinggir, rangkul teruskan perjuangan parti

JOHOR BAHRU, 23 MEI: Calon tewas pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) penggal ini tidak dipinggirkan sebaliknya akan dirangkul bersama-sama meneruskan perjuangan parti.

Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu penting demi agenda perjuangan selain kekuatan KEADILAN perlu terus dijaga untuk pembangunan negara.

“Kalau tanya saya mudah. Saya masih pegang ketaatan kepada parti. Bila yang menang, menanglah. Yang tak menang, kalau tanya saya, saya akan pilih yang terbaik saya rangkul.

“Kerana agenda perjuangan ini lebih tinggi, besar dari agenda Anwar. Beberapa bulan lagi dah masuk 80 tahun (usia) jadi kemungkinan Anwar tak ada lagi besar dari ada. Oleh itu saya nak pastikan ada kekuatan yang kita rangkul,” katanya merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di sini malam ini.

Perdana menteri juga meminta mana-mana pihak yang mengkritik perjuangan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli untuk memohan maaf atas perbuatan berkenaan.

Beliau menegaskan dua individu berkenaan memberi kekuatan dan pengorbanan besar dalam memperjuangkan KEADILAN.

"Kita boleh tegur, boleh tak setuju tapi percayalah. Sama ada Rafizi atau Izzah. Yang tegur tu kadang-kadang tak upaya kamu nak saingi pengorbanan mereka berdua.

“Nak tegur, tegurlah tapi jangan lupa bandingkan kekuatan dan pengorbanan mereka. Tak ramai yang boleh tanding. Jadi kalau terlanjur, mohon maaf,” katanya.

Dalam majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa, Anwar turut mengakui terdapat keterlanjuran ketika Nurul Izzah dan Rafizi berkempen merebut jawatan timbalan presiden.

Katanya kedua-dua pihak sewajarnya tidak menghukum satu sama lain dan menganggap keterlanjuran itu kesilapan kecil.

"Saya lihat kedua-dua pihak ada terlanjur, jadi jangan hukum antara satu sama lain. Saya sebagai bapa bagi nasihat kepada semua. Yang penting kita bersama dan kalau berkawan puluhan tahun.

“Bergelut susah payah bersama dan menderita puluhan tahun, tak kan dengan apa yang kita anggap kesilapan kecil itu tidak boleh dimaafkan. Kalau saya, ikhlas saya maafkan semua," katanya.

[caption id="attachment_702508" align="aligncenter" width="917"] Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di Persada Johor pada 23 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_702509" align="aligncenter" width="1053"] Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama ahli KEADILAN pada Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di Persada Johor pada 23 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.