ad
AGENDA

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua

23 Mei 2025, 11:20 AM
Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua

KUANTAN, 23 MEI: Seorang suri rumah dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak ibu mentua wanita itu menggunakan senjata tiga hari lepas.

Sri Farhana Nabila Mohd Kamal, 27, dan Mohd Fazlin Rahmat, 34, didakwa merompak secara berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap Norizan Abdullah, 56, dengan mengambil seutas rantai leher dan seutas gelang tangan milik mangsa di Felda Chini Timur 01, Pekan pada 11.30 malam, 20 Mac lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Azman Mustapha tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.