ad
EXCO

EXCO: Bunyi seakan letupan, pihak berkuasa tempatan cari punca

23 Mei 2025, 10:31 AM
EXCO: Bunyi seakan letupan, pihak berkuasa tempatan cari punca

SHAH ALAM, 23 MEI: Isu bunyi seakan letupan di sekitar daerah itu akan dicari punca termasuk bekerjasama dengan polis supaya orang ramai tidak terus dilanda kebimbangan.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata pihaknya akan meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencari punca di mana bunyi itu datang.

"Dalam media sosial pengguna meluahkan kebimbangan kerana terdapat bunyi kuat sehingga boleh didengari pada jarak jauh.

"Kita memandang serius dan akan minta MBSA mencari punca dan mungkin adakan kerjasama dengan polis untuk kenalpasti," ketika pada sidang media Kilang Tanpa Kebenaran di Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, kecoh di media sosial berhubung aduan bunyi seakan letupan sehingga boleh didengari di sekitar pusat bandar Shah Alam, Denai Alam dan Setia Alam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengambil maklum berhubung perkara itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Suee Lim menjelaskan Unit Perancang Ekonomi Negeri akan digerakkan bagi menyelaraskan tindakan bersama pasukan penguat kuasa dan rondaan pantas membantu menyiasat lokasi dan sumber bunyi tersebut.

“Kalau dapat kenal pasti punca, kita akan maklumkan kepada orang ramai supaya tidak mencetuskan kebimbangan,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.