ad
AGENDA

Dua lelaki maut terjatuh dalam ruangan sempit di tongkang

23 Mei 2025, 7:31 AM
Dua lelaki maut terjatuh dalam ruangan sempit di tongkang

SIBU, 23 MEI: Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di sebuah kapal tongkang yang berlabuh berhampiran Toyota Centre, Lorong Lanang 61, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu jam 9.21 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central tiba dua minit kemudian.

Ting Tung Hu, 48, dan Tang Sing Kok, 55, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam lubang sempit berdiameter 0.305 meter dan kedalaman 3.66 meter di dalam kapal tersebut.

“Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas penyelamatan sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Bintulu, seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Kidurong pagi tadi.

PGO JBPM dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.55 pagi dan pasukan dari BBP Kidurong tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

Mugai Juming, 59, ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas lori yang membawa muatan 30 tan kelapa sawit terbakar sepenuhnya.

“Operasi tamat 11.45 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.