ad
BERITA UTAMA

Kilang haram 'degil' ceroboh tanah kerajaan berdepan tindakan mulai Julai

23 Mei 2025, 7:00 AM
Kilang haram 'degil' ceroboh tanah kerajaan berdepan tindakan mulai Julai
Kilang haram 'degil' ceroboh tanah kerajaan berdepan tindakan mulai Julai

SHAH ALAM, 23 MEI: Kerajaan Selangor akan melaksana penguatkuasaan terhadap 68 kilang tanpa kebenaran (KTK) yang didapati menceroboh tanah kerajaan, seawal Julai ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata sebanyak 51 KTK di Petaling manakala bakinya di Klang yang masih berdegil meskipun sudah diarah berpindah sebelum ini.

"Mereka ini telah menceroboh tanah-tanah kerajaan termasuk rizab jalan dan mendirikan kilang tanpa sebarang dokumen Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

"Kerajaan juga tidak benarkan pemberian pemilikan dan sudah tiba masanya tindakan penguatkuasan dilakukan supaya mereka keluar dan kawasan itu dipulihkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

[caption id="attachment_452844" align="alignnone" width="947"] Jengkaut merobohkan stor barang lusuh dan kilang pembuatan pintu yang beroperasi secara haram di Batu 17, Rawang ketika operasi bersepadu pembangunan tanpa kebenaran oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak pada 10 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, Suee Lim berkata kilang haram terbabit beroperasi sebagai kilang pembuatan cermin rumah, perabot, kimpalan, bengkel dan stor jentera berat.

Bagaimanapun, jelas beliau, berdasarkan rekod setakat ini tiada mana-mana kilang berkenaan menjalankan aktiviti memproses sisa haram termasuk e-sisa (e-waste).

“Siasatan turut mendapati KTK ini juga tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana mencemarkan alam sekitar.

"Oleh itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pengusaha jangan sesekali cuba mencerobohi tanah kerajaan dengan sewenang-wenangnya, ini tidak adil bagi kilang yang mematuhi syarat,” tegasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.