ad
AGENDA

Wanita direman lima hari bantu siasatan kes pemilik spa disimbah asid

22 Mei 2025, 1:00 PM
Wanita direman lima hari bantu siasatan kes pemilik spa disimbah asid

BACHOK, 22 MEI: Seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini Sabtu lepas direman lima hari bermula hari ini hingga 26 Mei.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi selepas membenarkan permohonan daripada polis bagi membolehkan wanita berusia 38 tahun itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, wanita terbabit yang memakai baju biru gelap, bertudung serta memakai pelitup separuh muka tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.17 pagi dengan diiringi anggota polis.

Pada Sabtu lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang, di sini.

Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki, bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.