ad
AGENDA

Lelaki maut ditembak, polis selesai enam kes samun

22 Mei 2025, 11:23 AM
Lelaki maut ditembak, polis selesai enam kes samun

KLUANG, 22 MEI: Polis Johor menyelesaikan enam kes samun di sekitar Kluang dan Kota Tinggi selepas menembak mati seorang suspek di kebun kelapa sawit di Kampung Palembang di sini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata dalam kejadian 3.45 pagi itu, lelaki berkenaan yang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan serta menunggang laju sebelum dipintas pasukan Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor di jalan tidak berturap berhampiran kebun berkenaan.

“Semasa menghampiri suspek, secara tiba-tiba dia telah menyerang anggota bertugas dengan melibaskan parang sehingga mengenai lengan seorang daripada anggota.

“Suspek kemudian diminta untuk memberikan kerjasama dan menyerah tetapi terus bertindak agresif menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan untuk mempertahankan diri dan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek disahkan meninggal dunia di lokasi, namun identiti sebenar tidak diperoleh kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan pihaknya turut merampas sebilah parang, wang tunai RM1,900, dua telefon bimbit serta sebuah motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Hasil maklumat, suspek dipercayai aktif sejak 2024. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.