ad
AGENSI

Program rintis SELKitar terima sambutan, kutip 2,184kg barangan tempoh enam hari

22 Mei 2025, 12:30 AM
Program rintis SELKitar terima sambutan, kutip 2,184kg barangan tempoh enam hari
Program rintis SELKitar terima sambutan, kutip 2,184kg barangan tempoh enam hari
Program rintis SELKitar terima sambutan, kutip 2,184kg barangan tempoh enam hari

Oleh Anna Farina Abdul Rauf

SHAH ALAM, 22 MEI: Sejumlah 2,184 kilogram barangan kitar semula dikutip sepanjang enam hari penganjuran Program Selangor Kitar Semula (SELKitar) yang bermula 13 Mei lalu.

Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari dan Pelaksana Projek KDEB Waste Management (KDEBWM) Ahadi Mohd Nasir berkata barangan kitar semula seperti plastik, kotak, kertas dan logam itu dikutip di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

"Ini merupakan program rintis dan akan diperluas ke pihak berkuasa tempatan (PBT) lain. Selepas ini, program akan berjalan di kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pada 26 Mei sebelum memasuki fasa pertama melibatkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

"Bagi fasa kedua, program ini bakal diteruskan ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) manakala fasa ketiga sekitar Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

[caption id="attachment_702274" align="aligncenter" width="664"] Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari dan Perlaksana Projek KDEBWM Ahadi Mohd Nasir bercakap ketika program Bicara Semasa SELkitar: Kitar semula dari rumah ke rumah di Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 20 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 22 April, Dato' Menteri Besar menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) SELKitar antara KDEBWM bersama Nestle Malaysia bagi memperkasa kitar semula menerusi kutipan dari rumah ke rumah.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama ini merupakan pra permulaan dalam inisiatif yang diperkenal Kerajaan Negeri dalam pembentangan belanjawan sebelum ini.

SELKitar merupakan fasa baharu bawah Projek Kutipan dan Kitar Semula Pintu ke Pintu (Projek SAVE) yang diperkenal Nestle pada 2020 di beberapa negeri.

Projek ini menjadi inisiatif Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) sukarela terbesar di Malaysia dan kini sedang dilaksana membabitkan 200,000 kediaman di enam bandar raya utama.

Projek berkenaan turut diiktiraf oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air, Malaysia sebagai kajian kes utama bagi amalan terbaik meningkatkan tahap kitar semula.

[caption id="attachment_702278" align="aligncenter" width="700"] Pelbagai barangan kitar semula dikutip pekerja pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) dari kediaman penduduk sekitar Bandar Puteri 9, Puchong, Subang Jaya menerusi program Selangor Kitar Semula (SELKitar) ketika tinjauan pada 15 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.