ad
AGENDA

Harga RON97, diesel di Semenanjung naik 3 sen

21 Mei 2025, 1:10 PM
Harga RON97, diesel di Semenanjung naik 3 sen

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 naik tiga sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.10 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM2.77 kepada RM2.80 seliter.

Menurut kementerian itu, penetapan harga berkenaan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.