ad
AGENSI

Yide santuni mangsa kebakaran di Gombak, agih bantuan

21 Mei 2025, 12:15 PM
Yide santuni mangsa kebakaran di Gombak, agih bantuan
Yide santuni mangsa kebakaran di Gombak, agih bantuan

SHAH ALAM, 21 MEI: Nasib lima keluarga yang dilanda musibah berikutan kediaman mereka di Kampung Wira Damai, Gombak terbakar kelmarin mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan semua mangsa menerima sumbangan wang tunai dan kit prihatin yang disampaikan Eksekutif Kebajikan Yide Mohammad Haizan Mohd Rozi.

“Yide segera turun padang bagi menyalurkan sumbangan kepada lima keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Wira Damai, Gombak.

“Selain itu, Yide turut memberikan kata-kata semangat bagi menempuh ujian yang menimpa dan menyeru agar semua terus berdoa agar urusan mereka dipermudahkan pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Yide turut menyeru masyarakat membudayakan amalan infak dan sedekah yang memberi manfaat besar kepada mereka yang memerlukan.

[caption id="attachment_702218" align="aligncenter" width="661"] Keadaan kediaman mangsa kebakaran di Kampung Wira Damai, Gombak. Foto Facebook Yide[/caption]

Kelmarin, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mengesahkan beberapa buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

Susulan kejadian itu, pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Balai Raya Kampung Wira Damai untuk menempatkan mangsa.

Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar turut menyatakan membantu mangsa kebakaran dengan menyediakan rumah sewa sementara.

Dalam pada itu, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menyalurkan bantuan segera berupa barangan keperluan asas termasuk toto, selimut, bantal dan makanan kering bernilai kira-kira RM3,000 kepada mangsa.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.