Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bukan sekadar kemudahan sukan. Bersifat dinamik, KSSA wadah pelbagai guna untuk segenap lapisan rakyat, dari rekreasi awam hingga penjanaan ekonomi.
Dijadual siap sepenuhnya pada 2029, fasa pertama melibatkan pembinaan semula stadium, plaza parkir dan terminal bersepadu yang menghubungkan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Fasa kedua merangkumi pembangunan komersial seperti sayap sukan, belia, teater tertutup yang boleh memuatkan 10,000 orang. Ia juga dilengkapi ruang niaga dan kawasan rekreasi.
Peringkat terakhir, pembinaan hotel yang boleh digunakan pada akhir 2029. Ini sekali gus menjadikan KSSA sebagai pusat integrasi sukan, budaya, kemasyarakatan dan keusahawanan.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima pembangunan KSSA yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Datuk Imran Salim.
Peristiwa bersejarah itu disaksikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
[caption id="attachment_672187" align="alignnone" width="794"] Orang ramai melihat reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dalam pameran awam di pusat beli-belah SACC, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Fakta KSSA
- boleh muatkan 35,000 hingga 45,000 penonton
- padang boleh alih untuk pelbagai acara
- bilik persalinan, bilik sidang media dan bilik video bantuan pengadil (VAR)
- reka bentuk tiga peringkat dengan platform tinggi untuk halang padang bola banjir
- terowong menunggu
- bumbung seramik untuk kawalan suhu dan haba serta pencahayaan semula jadi
- sistem penyejukan tempat duduk
- ruang letak kereta dengan sistem pengudaraan semula jadi
TENAGA PAKAR
Hijjas Architects & Planners bina mercu tanda ikonik negara antaranya:
- Menara CelcomDigi
- Menara Telekom
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Populous, pakar reka bentuk stadium bertaraf dunia
- Stadium Wembley
- Stadium Olimpik London
- Stadium Tottenham Hotspur
- Accor Stadium
- Sydney Olympic Park
- Etihad Arena
KEMUDAHAN
- lengkap padang latihan bola sepak untuk Selangor FC
- sedia kemudahan sukan lain: panjat dinding, taman luncur dan gelanggang sukan lain
- ruang boleh ubah untuk dijadikan gelanggang pickleball, sepak takraw dan lain-lain
- bina masjid, dewan serba guna tertutup dan ruang acara
- dirikan hotel (dijangka siap akhir 2029)
- sedia pusat beli-belah termasuk bazar dan pusat makanan
- dihubungkan terus arena tertutup dan stadium utama
RUANG SOSIAL
- landskap hijau seluas 310,000 meter persegi - taman botani, laluan joging dan berbasikal serta laluan
- mesra pejalan kaki
- seni - teater dan acara berkaitan
PENGANGKUTAN BERSEPADU
- akses pengangkutan awam LRT3 (dijadual siap 2026)
- bas Smart Selangor
- van transit atas permintaan (DRT)
SISTEM MITIGASI BANJIR
- bina kolam takungan bawah tanah seluas 4.04 hektar
- tambah baik tebing Sungai Damansara
- bina kolam simpanan sementara air
"Melalui hubungan rapat yang dikongsi antara Beta dan Dato’ Seri Amirudin Shari, kami komited untuk bekerjasama mengubah Selangor menjadi metropolis moden yang dinamik – kemudahan yang menjadi penanda aras, infrastruktur canggih dan komitmen yang teguh untuk pembangunan mampan"
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah
"KSSA bukan sekadar stadium - ia bakal menjadi pusat integrasi sukan, budaya, komuniti dan keusahawanan - pemangkin transformasi Shah Alam menjadi destinasi mampan yang membina warisan untuk generasi akan datang"
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari