ad
AGENDA

Cegah HFMD: KKM saran pengusaha taska, tadika laksana saringan

20 Mei 2025, 9:00 AM
Cegah HFMD: KKM saran pengusaha taska, tadika laksana saringan

PUTRAJAYA, 20 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengusaha taska dan tadika untuk melaksanakan saringan kepada kanak-kanak yang memasuki premis bagi membendung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kerjasama pengusaha taska dan tadika untuk melaksanakan saringan antaranya memantau tanda jangkitan di kaki atau tangan kanak-kanak diperlukan bagi mengelak lebih banyak penularan penyakit itu.

“Kita ingin nasihatkan kepada masyarakat agar tidak panik dan langkah-langkah pencegahan memang giat dilakukan selain kita mempunyai garis panduan yang cukup mantap.

“Cuma kita perlukan satu kerjasama masyarakat terutama sekali pengusaha-pengusaha taska ataupun tadika yang terdedah dengan HFMD ini untuk sekurang-kurangnya menjalankan saringan yang mudah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan garis panduan amalan klinikal (CPG) bagi pengurusan ED di sini hari ini.

Pada 12 Mei lepas KKM memaklumkan 99,601 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara tahun ini sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-17 berakhir 26 April lepas, meningkat 266 peratus berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.