ad
EXCO

EXCO: Selangor lancar Pusat Adaptasi Perubahan Iklim pertama di negara ini

19 Mei 2025, 12:00 PM
EXCO: Selangor lancar Pusat Adaptasi Perubahan Iklim pertama di negara ini
EXCO: Selangor lancar Pusat Adaptasi Perubahan Iklim pertama di negara ini
EXCO: Selangor lancar Pusat Adaptasi Perubahan Iklim pertama di negara ini

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Selangor melancarkan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC), pusat pertama yang memberi tumpuan kepada tadbir urus perubahan iklim di Malaysia.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata SCAC turut berperanan menjadi pusat penyelidikan dan penyelarasan dasar iklim berasaskan data dan sains bagi merangka tindakan lebih proaktif menghadapi krisis iklim.

“SCAC adalah pusat pertama seumpamanya di Malaysia sebagai pusat rujukan serta penyelaras dasar perubahan iklim di peringkat negeri.

"Selangor mengambil langkah ke hadapan, bukan sekadar bertindak balas terhadap bencana iklim, tetapi juga berusaha untuk menjangka dan mengurangkannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SCAC di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

[caption id="attachment_701913" align="aligncenter" width="1113"] EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) di Hotel Concorde, Shah Alam pada 19 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran pusat berkenaan.

Mengulas lanjut Jamaliah berkata SCAC akan menyelaras penyelidikan, menjalin kerjasama antara institusi akademik dan agensi kerajaan serta penyelarasan mengikut piawaian antarabangsa seterusnya menjadikan negeri itu contoh utama tadbir urus iklim di Malaysia.

“Sains, data dan tindakan kerajaan mesti bergerak seiring. SCAC akan menjadi titik tumpuan penyatuan usaha ini,” katanya.

Sementara itu Jamaliah berkata Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor (IklimSelangor) akan dipengerusikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu dijadual hujung bulan ini dan akan berlangsung setiap enam bulan bagi menilai kemajuan dan menyelaras tindakan antara jabatan.

Tambahnya, Selangor turut meneroka pembangunan pasaran karbon, memperluas tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan inisiatif persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk menarik pelaburan hijau serta menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

[caption id="attachment_701914" align="aligncenter" width="1438"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama selepas gimik Pelancaran Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) di Hotel Concorde, Shah Alam pada 19 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.