SHAH ALAM, 19 MEI: Sebuah keluarga di Kampung Orang Asli (KOA) Busut Baru, Kuala Langat yang kehilangan kediaman akibat kebakaran malam tadi, kini menerima bantuan awal daripada Kerajaan Negeri.
EXCO Pembasmian Kemiskinan V. Papparaidu menyampaikan sendiri bantuan bekenaan pagi tadi ketika menziarahi mangsa Bahari Kolek di lokasi kebakaran bersama Tok Batin KOA Busut Baru Sari Senin.
"Saya amat terkesan melihat kerosakan teruk itu. Syukur kerana tiada nyawa terkorban. Saya mendoakan Saudara Bahari tabah menghadapi ujian ini dan berharap bantuan susulan dapat disalurkan segera.
" Bagi pihak kerajaan, saya sampaikan sumbangan bantuan segera dalam bentuk cek bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas sekitar jam 11 malam, yang memusnahkan sepenuhnya kediaman mangsa.
[caption id="attachment_701890" align="aligncenter" width="703"] EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu meninjau lokasi kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Orang Asli (KOA) Busut Baru, Kuala Langat pada 19 Mei 2025. Foto Facebook V Papparaidu[/caption]