SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat serta Sepang hingga 5 petang ini.
Hujan lebat disertai angin kencang turut dijangka melanda seluruh Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka selain beberapa tempat di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.