ad
AGENDA

Suri rumah rugi lebih RM158,000 terpedaya sindiket tawar kerja palsu

19 Mei 2025, 3:30 AM
Suri rumah rugi lebih RM158,000 terpedaya sindiket tawar kerja palsu

KUALA TERENGGANU, 19 MEI: Seorang suri rumah kerugian RM158,498.89 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 30 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan tawaran kerja membuat tempahan bilik hotel itu di laman sosial pada 9 Mei, dan dijanjikan komisen 10 peratus daripada modal dikeluarkan.

Beliau berkata tugasan itu kononnya untuk menaikkan rating hotel, dengan wanita itu dikehendaki menekan pautan diberikan bagi memilih bilik hotel dan menghantar gambar serta bukti pembayaran setelah selesai tugasan.

“Wanita itu yang teruja kerana menerima komisen tugasan pertama, telah membuat tugasan lain melibatkan pembayaran RM158,498.89 secara berperingkat ke sembilan akaun bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata suri rumah yang menggunakan wang modal perniagaan bapanya berasa panik apabila tidak menerima komisen dijanjikan, selain gagal menghubungi suspek.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya membuat laporan polis pada 11.42 pagi semalam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.