ad
AGENDA

MB pesan anak muda bentuk jati diri kental, tahan uji hadapi masa depan

19 Mei 2025, 3:00 AM
MB pesan anak muda bentuk jati diri kental, tahan uji hadapi masa depan
MB pesan anak muda bentuk jati diri kental, tahan uji hadapi masa depan
MB pesan anak muda bentuk jati diri kental, tahan uji hadapi masa depan

SHAH ALAM, 19 MEI: Dato’ Menteri Besar menegaskan pentingnya golongan muda membentuk jati diri yang kental, berdaya saing dan tahan uji untuk menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks dan tidak menentu.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, generasi muda yang mempunyai keupayaan dan daya tahan yang kukuh akan lebih teguh hadapi apa jua situasi, sekali gus menjadi aset berharga kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Pesanan berharga itu disampaikan oleh Amirudin dalam sesi Dialog Santai Anak Selangor yang berlangsung minggu lalu bersama lebih 100 pelajar Selangor yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

[caption id="attachment_701835" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam sesi Dialog Santai Anak Selangor di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 18 Mei 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

“Saya menitipkan pesanan kepada semua anak-anak ini agar bersiap sedia menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks.

“Mereka harus membentuk jati diri yang kental, berdaya saing dan resilient (berdaya tahan) agar terus mampu berdiri teguh dalam apa jua situasi,” katanya di Facebook.

Tambah Amirudin, Kerajaan Negeri tekad untuk terus menyokong usaha membina generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga matang dari segi kepimpinan dan sumbangan kepada masyarakat.

“Sesi dialog ini santai, namun perbincangannya penuh dengan isi yang padat dan bermakna,” ujarnya.

[caption id="attachment_701836" align="aligncenter" width="776"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Persatuan Mahasiswa Selangor Unimas (Permas) ketika sesi Dialog Santai Anak Selangor di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 18 Mei 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Dalam sesi tersebut, turut berlangsung penubuhan rasmi Persatuan Mahasiswa Selangor Unimas (Permas), sebuah platform rasmi yang bertujuan memudahkan urusan kebajikan dan memperkukuh jaringan komuniti anak Selangor yang belajar di rantau orang.

Turut hadir pada acara itu adalah Ahli Dewan Negara dari Sarawak Senator Abun Sui Anyit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.