ad
AGENSI

Pelajari keindahan kaligrafi Jawi, Cina, semai rasa hormat warisan setiap bangsa

19 Mei 2025, 2:00 AM
Pelajari keindahan kaligrafi Jawi, Cina, semai rasa hormat warisan setiap bangsa
Pelajari keindahan kaligrafi Jawi, Cina, semai rasa hormat warisan setiap bangsa
Pelajari keindahan kaligrafi Jawi, Cina, semai rasa hormat warisan setiap bangsa
Pelajari keindahan kaligrafi Jawi, Cina, semai rasa hormat warisan setiap bangsa

Oleh Ufairah Tarmidzi

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Program silang budaya wajar dianjurkan lebih kerap bagi memberi peluang orang ramai mengenali keunikan negara ini sekali gus menjadi jambatan menghubungkan rakyat berbilang kaum.

Presiden Institut Penyelidikan Antarabangsa Zheng He Malaysia Dr Chong Swee Huat berkata mengambil contoh kaligrafi Jawi dan Cina, kedua-dua tulisan mempunyai keindahan serta maksud tersirat.

"Justeru, penganjuran Festival Budaya Dragon Boat 4.0 mengajak pengunjung mendalami keindahan tulisan Jawi dan Cina dengan lebih dekat. Gabungan budaya Cina dan Melayu dalam seni kaligrafi amat menarik dipelajari

“Pengunjung yang hadir pada program ini berpeluang untuk memahami nilai estetika dan maksud tersirat dalam setiap tulisan kaligrafi tersebut.

“Pendedahan ini bukan sahaja dapat mencetus minat mereka terhadap seni halus seperti kaligrafi malah dapat menyemai rasa hormat terhadap warisan budaya kaum lain yang ada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Festival Budaya Dragon Boat 4.0 pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi, disini semalam.

[caption id="attachment_701778" align="aligncenter" width="690"] Presiden Institut Penyelidikan Antarabangsa Zheng He Malaysia Dr Chong Swee Huat berucap ketika Festival Pameran Budaya Dragonboat  4.0 di pusat beli-belah KL Gateway , Kuala Lumpur pada 18 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Swee Huat berkata program tersebut turut menggalakkan penguasaan bahasa lain selain bahasa ibunda yang dilihat mampu memberi kelebihan dari segi kemahiran komunikasi dan kefahaman budaya.

Katanya, individu yang mampu bertutur dan memahami lebih daripada satu bahasa bukan sahaja lebih berdaya saing malah berpotensi menjadi duta kecil Malaysia dengan membawa imej positif negara di mata dunia.

Program Festival Budaya Dragon Boat 4.0 anjuran Pusat Latihan Kemahiran Elementé yang berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang itu menampilkan pelbagai aktiviti antaranya, perkongsian makanan tradisi, sudut pengetahuan budaya dan persembahan seni.

Program silang budaya itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat untuk saling memahami dan menghargai warisan masing-masing serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus aman dan bersatu dalam kepelbagaian.

[caption id="attachment_701782" align="aligncenter" width="698"] Zalina Abd Majid menulis kaligrafi Jawi ketika Festival Pameran Budaya Dragonboat  4.0 di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_701783" align="aligncenter" width="698"] Jasond Tseng menulis kaligrafi Cina ketika Festival Pameran Budaya Dragonboat  4.0 di pusat beli-belah KL Gateway , Kuala Lumpur pada 18 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.