ad
AGENDA

MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara

19 Mei 2025, 1:00 AM
MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara
MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara
MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara
MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara
MB: Belia perlu kuasai teknologi terkini dan AI demi pembangunan negara

KLANG, 19 MEI: Golongan belia diseru menguasai teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi melengkapkan diri dengan kemahiran strategik yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara mampan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keupayaan belia menyesuaikan diri dengan perubahan serta kemajuan teknologi menjadi antara kunci kepada kestabilan dan kemakmuran masa depan negara.

“Dalam dunia yang semakin maju ini, kita mempunyai kuasa untuk menggunakan teknologi bagi menyemai kebaikan sesama manusia, meningkatkan kesejahteraan serta mempromosikan nilai kemanusiaan.

“Sudah pastinya belia merupakan harapan negara dan jaminan kepada kestabilan kepimpinan masa hadapan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin pada majlis penutup Hari Belia Negara (HBN) peringkat negeri malam tadi.

[caption id="attachment_701818" align="aligncenter" width="802"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Program dua hari yang berlangsung di KSL Esplanade Mall sejak Sabtu itu disertai lebih 5,000 individu, menampilkan pelbagai pengisian termasuk pameran kerjaya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertandingan e-sukan serta persembahan kebudayaan.

Dengan tema Yakin Boleh, sambutan turut dimeriahkan dengan klinik guaman serta pameran pelbagai agensi.

Jamaliah dalam ucapannya berkata gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai medan pemikiran untuk menerapkan nilai manusiawi dalam pembangunan belia.

[caption id="attachment_701826" align="aligncenter" width="751"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah (empat, kanan) bergambar bersama penerima anugerah usahawan belia cemerlang (Hijrah Selangor) pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya yakin Kerajaan Madani akan terus melaksanakan program berorientasi pembangunan belia dalam skala dan capaian lebih luas, agar manfaatnya dapat dirasai golongan muda di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Jamaliah yang diiringi Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Datuk Imran Tamrin turut menyampaikan beberapa kategori anugerah, termasuk Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri.

Beliau juga menyerahkan insentif khas kepada atlet Selangor yang cemerlang dalam kejohanan Parasukma XXI Sarawak 2025, sekali gus mengharumkan nama negeri di pentas sukan kebangsaan.

[caption id="attachment_701814" align="aligncenter" width="811"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) bersama Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin (tiga, kanan) bergambar bersama pemenang Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Selangor Youth Championship 2025 pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_701813" align="aligncenter" width="870"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop (dua, kiri) menyampaikan cek cura insentif kepada wakil Parasikma Sarawak 2024 sambil diperhatikan EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin (tiga, kanan) bersama Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.